Tuesday, 24 June 2014

Tahniah kepada cikgu Farid

En. Mohd Farid Bin Abdullah telah bertukar ke SK Janglau untuk memikul tanggungjawab sebagai Guru Penolong Kanan KO-Kurrikulum. Pertukaran beliau merupakan kehilangan yang amat dirasai oleh murid-murid dan para guru dan staff SK Pontian. Beliau telah berjaya mengharumkan nama sekolah dari banyak segi seperti melatih pasukan Sofbol sekolah hingga ke peringkat negeri. Selain itu beliau juga sangat aktif dalam melatih TKRS, Bola Baling dan juga Olahraga.


En. Mohd Farid sedang memberi tunjuk ajar kepada para pemain sofbol SK Pontian

Tuesday, 1 April 2014

Acara penyampaian hadiah kepada pengunjung Pusat Sumber paling aktif bagi bulan Januari, Februari dan Mac

Pihak sekolah telah mengadakan inisiatif terbaru untuk menarik minat para murid dan juga guru untuk mengunjungi pusat sumber.
Guru-guru dan murid-murid yang telah mendapat hadiah penghargaan daripada PSS dan Pihak sekolah

Wednesday, 15 January 2014

Visi dan Misi SK Pontian

Visi
SKP BERPRESTASI TINGGI MENJELANG 2016



Misi

MENJANA MODAL INSAN YANG BERKUALITI MELALUI PENGURUSAN BESTARI

Thursday, 2 January 2014

SK Pontian Kuala Rompin

 Gambar SK PONTIAN Kuala Rompin yang terkini




Logo Sekolah SK Pontian

Wednesday, 1 January 2014

Tinta Guru Besar

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Guru-guru, staf sokongan dan para murid dan bekas murid SK Pontian yang dihormati

Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan rasa kesyukuran kerana diberi peluang untuk menyatakan sepatah dua kata dalam Blog SK Pontian ini. Blog ini dihasilkan untuk menyediakan maklumat kepada semua guru-guru, murid-murid, staf sokongan, ibu bapa dan masyarakat supaya semuanya mengetahui perkembangan sekolah dengan lebih baik.

Blog ini disediakan dengan mengambil kira Falsafah Pendidikan Negara Wawasan 2020 dan wawasan pendidikan. Perkara ini sejajar dengan Visi sekolah iaitu “SK Pontian Berprestasi Tinggi Menjelang 2016″ dan Misi “Menjana Modal Insan Yang Berkualiti Melalui Pengurusan Bestari”.

Saya berharap Blog SK Pontian ini dapat dimanfaatkan oleh semua guru dan kakitangan serta murid-murid sekolah.
Sekian, Terima kasih
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh